Saturday, October 15, 2011

Dah tiba untuk PERGI??

nurrkasih berbicara:

Bismillahirahmanirrahim.

Sudah beberapa tahun saya bekerja di 'syarikat' ini, Fiuhh..time flies.

Tapi sekarang, dah tiba saatnya saya pergi.

Di saat saya sudah dekat 'pergi' tetapi terasa agak 'berat' pula kaki untuk melangkah.

Bos yang baik hati?? Ingat dahulu semasa mula-mula ingin bekerja di sini. Walaupun 'requirement' kerja kurang bersesuaian dengan bidang diambil semasa di uni, tetapi Bos percaya untuk menggaji saya. Alhamdulillah hingga saat ini, amanah kerja semuanya dapat saya lakukan dengan baik ;).

Persekitaran kerja?? Persekitaran juga boleh dikira memuaskan, walaupun cuma berlegar di sekitar itu sahaja. Semua 'halal' kata bos, asalkan saya telah menyiapkan tugasan dengan sebaiknya. Saya hendak memakai selipar jepun?, mendengar muzik kesukaan saya (nasyid ^^,)?, chat dengan kawan-kawan?, blog pun biasanya saya 'publish' di pejabat hehe. Segalanya baik walaupun sesekali ada juga membuat 'tension'. Rakan-rakan sekerja juga semuanya baik.

Hu..semakin saya 'list'kan, berat pula meninggalkan semua itu. Tetapi apabila melihat 'transkrip' dan mengingati kembali pengajian yang telah sedaya upaya saya selesaikan, dengan peluh keringat dan darah yang saya korbankan (hehe lebih-lebih pula), sayang rasanya jika saya tidak mempraktikkannya. Ya kan?

Yup..Oleh itu semalam adalah hari akhir saya di situ.

Elok juga mencari persekitaran baru. Zon saya sekarang sangat selesa dan nyaman dan sudah berterusan sekian lama. Hanya setakat itu? Tidak ingin mencabar diri untuk sesuatu yang baru?

Dan, dan sebenarnya saya telah mendapat peluang baru. Mengembangkan ilmu sambil bekerja. Ya Allah saya mohon petunjukmu akan kebaikan pilihanku ini.

Nota hati: Malam tadi ada jamuan di Marche. Thanks all :).

4 nurr note(s):

yangyuyu said...

tahniah..wpun sedih jugak tapi gembira atas kejayaan awk,

u go girl!!

abah aman said...

salam nurr,
setiap yang datang pasti akan pergi dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

selamat berhijrah...

Faaein Talip Roy said...

dimana sahaja nurr berada.. semoga segala-galanya baik-baik saja.. ingat sy di sini nurr.. jauh di mata dekat di hati.. huhuhu... =P

Sharif Putra said...

Tahniah...kt berhak utk membuat yg terbaik pd diri kt, meskipun sudah ada yg terbaik, namun jgn berhenti hanya setakat yg baik..kejar sehingga yg terbaik..

 

Nurr Kasih © 2008. Design By: SkinCorner