Thursday, February 3, 2011

Satu rasa yang INDAH :)

nurrkasih berbicara:

Bismillahirahmanirrahim.

Di ketika ini, tentu ramai sedang bercuti ke kampung sempena cuti CNY yang agak panjang. Saya pula masih menjengukkan diri ke ofis menyelesaikan kira-kira di awal bulan. Alhamdulillah, tiada angka-angka yang membuatku terpaksa duduk lama merenung skrin hehe.

Semalam sedikit terkejut bila melihat akaun bertambah. Ada sesiapa tersilap masuk ke? Atau ada sesiapa yang membayar hutang-piutang? Halalkan sahaja semuanya, pasti tenang rasa di hati kan ^_^.

Hujung minggu ini akan outing lagi. Dulu di setiap hujung minggu, saya biasanya lebih suka menghabiskan masa berehat dan bersantai di rumah. Tetapi sekarang bila hampir tiba hujung minggu,

"Nak keluar ke mana ye hujung minggu ni?" Hehe.

Entah kenapa kini saya sangat obses pula dengan kamera. Dalam fikiran, saya selalu ingin ke suatu tempat yang indah dan bermain dengan kamera di situ. Subhanallah, ada rasa bahagia yang sukar untuk dijelaskan. Apa yang pasti kamera telah menjadi kawan ketika bersendirian. Menjadi peneman di dunia asing. Dapat menterjemahkan khalayan dan imiginasi ke dalam sekeping gambar.

"Perasaan saat mendengar bunyi shutter, adalah satu rasa yang indah. Bila shutter membedik, seperti jasad juga sudah jauh ke hadapan :)" ~ lensanurr~

Kata hikmah: Kantung 'kegembiraan hidup' haruslah selalu diisi. Bukalah pintu hari-harimu. Pandanglah hamparan di hadapan. Bergegaslah, di sana akan ada tempat mengisi ruang-ruang kegembiraan. Lihat dan tersenyumlah. Ruang kegembiraan itu boleh diisi dari senyum jiwa saat menatap kehidupan. Ada berjuta peristiwa setiap waktu. Anyam dengan simpul-simpul pengharapan.

0 nurr note(s):

 

Nurr Kasih © 2008. Design By: SkinCorner