Saturday, January 8, 2011

Catatan: Di awal tahun 2011

nurrkasih berbicara:

Alhamdulillah, setinggi syukur ke hadrat Ilahi. Setelah hampir separuh bulan Januari tahun baru Masihi ini, dapat saya menulis lagi di sini. Sebenarnya banyak yang berlegar-legar dalam fikiran hendak dikongsikan, namun tidak tertulis di ruangan ini. Dan lama kelamaan cerita pun hilang bersama masa :).

Menoleh setapak ke belakang di tahun 2010, pelbagai cerita hidup yang berlaku. Macam-macam perasa - tentunya ada yang manis, masam dan pahit kan :). Tetapi sebagai hamba, kita patut bersyukur dengan setiap ketentuan-Nya. Tentu DIA tidak mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia. Pandanglah ke pelbagai sudut di muka bumi ini, tentu kita akan melihat banyak hikmah yang Allah telah bentangkan untuk kita mengambil iktibar.

Selepas apa yang telah dilalui, perasaan lega yang teramat sangat. Allahuakbar!!

"Rupanya tidaklah sesukar yang dibayangkan apabila kita telah melaluinya. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Allah tahu kemampuan diri ini sehingga Allah jadikan jalannya sedemikian rupa. Allah sebaik-baik tempat memohon pertolongan". Monolog dalam hati.

Sentiasa berusaha me'muhasabah' diri. Teruskan langkah mujahadah menuju Tuhan Maha Pencipta..

Moga tahun yang mendatang ini, akan lebih bersinar untuk kita semua, Insya-Allah. Apa yang telah kita lalui jadikan sebagai iktibar dan sempadan. Hadapi hari mendatang dengan senyuman dan sentiasa berfikiran postif. Jika ada sedikit ujian yang datang, bersabarlah. Kerana kesabaran itu adalah yang terbaik. Kesabaran yang berpanjangan ^_~.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu apabila mendapat KESENANGAN, dia BERSYUKUR kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda KESUSAHAN dia BERSABAR, kerana itu lebih baik untuknya" (Riwayat muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a).

Nota hati: Rindu pada Ummi dan Abah. Juga Nur. Juga anak-anak buah. Angin bawaku terbang ke sana ^_^.

0 nurr note(s):

 

Nurr Kasih © 2008. Design By: SkinCorner