Tuesday, December 14, 2010

Blissful Day 1

nurrkasih berbicara:

Day 1 [2.12.2010]

Penerbangan saya di awal pagi. Airport memang sangat sibuk di awal pagi begini. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan ketibaan saya di airport disambut dengan senyuman manis Nur dan Dafi :).

Di Baitul Sakinah nampaknya sudah agak sibuk. Ketika itu, saya pulang dengan pelbagai rasa dalam diri. Tetapi, biarkan sejenak. Kemudian dapat berbual, bergurau senda bersama Nur memang melegakan. Ya, melihat sahaja wajahnya sudah melegakan. Mungkinkah wajahmu Nur, menjadi penyejuk mataku..haha..Sejuk sangat la tu :).

Malam, sebelum melelapkan mata, sambung 'bercerita' lagi hingga larut malam. Mengimbas kembali bermacam-macam peristiwa. Bercerita bagai bertahun-tahun pula tak berjumpa huhu.

Day 2 [3.12.2010]

Saya dan Nur ke bandar petang itu untuk mengambil kek. "Hehe..sempat lagi kita ye.." Kata Nur. Dah alang-alang di situ, kami pun menjamu selera. Sambil makan sambung pula chit chat bagai tiada habisnya hehe. Alhamdulillah lega, walaupun tiadalah kata-kata semangat pun yang diucapkan :).

Penutup malam itu: Tidur awal untuk hari esok :).

4 nurr note(s):

abah aman said...

salam nurr,
selamat merai mempelai... semoga di berkati Allah.

Nurr Kasih said...

abah aman: salam abah,
barakallah untuk mempelai. syukran abah :).

Anonymous said...

ur sister >>> meraikan 'zaman bujang' ??? hee sooooo sweeettt...

Nurr Kasih said...

my sister: haha sweet sangatttt la tu..Insya-Allah, kita pasti akan ada masa lagi utk 'meraikan' :D.

 

Nurr Kasih © 2008. Design By: SkinCorner