Thursday, November 18, 2010

RASA itu :)

nurrkasih berbicara:

Bismillahirahmanirrahim..

Sudah lama tidak mencoretkan rasa di blog kesayangan ini. Entah mengapa... Tapi yang pasti setinggi lafaz syukur di dalam hati.

"Alhamdulillah, segalanya telah terjawab," kata Nur.

Sekarang saya amat teruja 'meneroka' bersama 'gear' kesayangan :D. Minat ini membawa saya jauh mengembara menelusuri alam ciptaan Ilahi. Mengetik lensa, menjalin ukhuwwah, mentadabbur dengan alam dan berkongsi pengalaman bersama sahabat-sahabat selensa. Banyak juga 'hasilku' yang tak seberapa itu saya upload dalam blog Lensa NurrKasih. Sebagai bahan zikir untuk diri. Moga ada kebaikan untukku dan semua, Insya-Allah :).

Nota hati: Oh, belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua kan. Maaf juga kepada kamu yang selalu datang menjenguk blog ini tapi tidak berupdate (ada yang jenguk ke? huhu). Dan tahniah juga buat Nurul, kerana mendapat flying colors dalam UPSR. Bertambah lagi Geng SMSLD ye. Insya-Allah, Nurul dan saya akan 'fly' bersama sebagai hadiah kejayaannya :D. Tak sabar (^_*).

2 nurr note(s):

abah aman said...

salam nurr,
itulah... tertanya-tanya... ke mana menghilang? sekarang terjawab. Semoga sukses dengan bidang yang diceburi...

abah pun minat tengok foto tapi tak pandai ambik gambar...

Nurr Kasih said...

abah aman: terima kasih abah..tak hilang ke mana-mana pun cuma banyak upload ke blog satu tu..

nurr pun tak pandai ambik gambar lagi...masih belajar-belajar.

syukran atas ziarah abah.

 

Nurr Kasih © 2008. Design By: SkinCorner