Membaca sahaja tajuk entry Ustaz Pahrol, Jangan sombong dengan takdir, air mata pun mengalir laju dari empangan retina. Bait-bait kata kuserap dan kucerna satu persatu. Begitulah manusia, saat diuji terasa benar rapat dan mendekat pada Rabbul Jalil. Tetapi bila ujian itu pergi, seakan lupa pula, malah lalai dalam mensyukuri nikmat yang diberi. Astagfirullah halazim.
Pernahkah dalam dirimu, terasa segala yang berlaku satu persatu membuatkanmu lelah. Seakan-akan hendak menghilangkan diri untuk sementara waktu. Pergi meninggalkan semua yang menanti di hadapanmu. Mungin itu tindakan pengecut, tetapi memang seperti itu yang kamu ingin lakukan :).
Ya, seperti itulah yang saya rasakan sekarang. Berkali-kali istigfar berulang di dalam hati, saat ingin melelapkan mata. Ini kerana rasanya hidup saya hanya memikirkan hal-hal 'itu'. Kenapa begini? Kenapa begitu? Allah..Fikiran seakan-akan dipenuhi oleh urusan duniawi sahaja. Ya Allah, ujian yang bertimpa-timpa membuatku terasa lelah.
Bahkan dalam sujud-sujud fardhuku, urusan duniawi itu mengusik khusyuknya diriku menghadap-Nya. Mengganggu tenangnya merasakan diri-Nya di urat leherku..Aduuhhh.


4 nurr note(s):
salam nurr,
subhanallah... pengajarannya daripada kata ustaz pahrol, terimalah takdir dengan redha, bersabarlah dengan setiap yang berlaku kerana itu yang terbaik buat kita yang telah Allah tentukan.
oh ya... tidak ada sebab untuk abah tidak membenarkan entry abah di terbitkan semula. jutaan kali abah izinkan demi untuk penyebaran ilmu. Terima kasih nurr.
salam Nurr
berkata sabar itu mudah,
melaksankannya susah
mempertahankannya lagi susah,kan Nuur
dan pastinya Allah tahu yg terbaik buat hama=baNya
abah aman: salam abah..ya berusaha menerima takdir dengan redha. Insya-Allah ini yg terbaik yang Allah tentukan..
syukran abah.
ummu: salam..
benar ummu,
berkata sabar itu mudah,
melaksankannya tidak mudah
mempertahankannya lagi susah,
namun yakin dan pasti
tentu ada yang terbaik Allah sediakan utk setiap hamba2Nya
syukran atas ziarah dan komen ummu :)
Post a Comment