Sunday, September 19, 2010

Coret-coret Aidilfitri 1431H

nurrkasih berbicara:

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Hari ini sudah syawal ke-10. Esok saya akan berangkat pulang kembali bertugas. 'Berat' pula untuk memulakan tugas selepas beberapa hari bercuti dan duduk bersenang-lenang hihi.

Raya kali ini tidak cukup 'korum', tetapi raya tetap santai dan meriah. Raya pertama kami berkunjung ke rumah saudara mara di sekitar Tawau. Dan raya ke-3, diadakan majlis Nur di Baitul Sakinah. Biasalah walaupun majlis kecil-kecilan katanya, tapi kerjanya 'besaran-besaran' juga huhu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Sempat bersama menelusuri bandar Tawau menemaninya mencari keperluan diri. Segala 'ceruk' bandar Tawau dijelajahi. Al-maklum lah tidak 'familiar' lagi bandar itu :).

"Rasanya dah 5x kita lalu jalan ni."

"Em.. kita pusing je la sampai 'terjumpa' tempat yang dicari." Hehe.

Alhamdulillah, cuti raya kali ini juga saya banyak 'keluar' bersama. Bertadabbur dengan alam, melihat kebesaran Ilahi. Ummi dan Abah pun ada menyertai kami. Dari Kunak - Semporna - Lahad Datu - Tawau kami singgahi. Biasanya keluar tak ikut waktu - subuh, pagi, petang dan malam pun ada. Perancangan 'ad-hoc' :). Syukran kerana sudi menemani dan 'melayan' outing. Tak terkilan sangat lah apabila gambar raya sekeluarga ter'delete' tanpa disengajakan, kena sabar dan redha.

"Sabar sangat lah tu ;)."

Nampaknya tiada picture raya untuk tahun ini :). Tetapi Insya-Allah memori berhari raya tetap tersemat dalam ingatan.

Apapun semoga raya tahun ini memberi kebahagiaan untuk kita semua. Moga-moga juga tarbiyah di Madrasah Ramadhan diteruskan sebagai pakaian diri untuk melalui 11 bulan lagi di hadapan. Moga segala kebaikan dan amalan yang dilakukan di bulan barakah terus subur dalam diri, Insya-Allah.

Nota hati: Rasa ralat sedikit bila tidak dapat bermahabbah dengan sahabat sekampung-Ana. Beberapa kali mengatur untuk bertemu tetapi jadual masing-masing tidak mengizinkan.

psst: Saya bercuti dari 10.09.2010 - 20.09.2010 :).

0 nurr note(s):

 

Nurr Kasih © 2008. Design By: SkinCorner